Powered By Blogger

Thursday, July 31, 2008

KLIFF or STIFF?

KLIFF merupakan penganjur festival filem yang agak beprestij jugak la (Kuala Lumpur International Film Festival), Penganjuran yang pertama adalah pada tahun 2007 yang lalu bertempat di Cine Leisure Damanasara, kat situ Exhibition dari pembuat filem dari seluruh dunia dipamerkan. Antara pameran yang begitu mengujakan adalah dari Korea, Jepun, USA banyak lagi, masing-masing mempromosikan teknologi terbaru dalam bidang perfileman dan animasi. Tapi bagi aku sebagai seorang volunteer pada mase tu yang paling penting adalah acara kemuncak iaitu 'Awards Night' yang memberi pengiktirafan kepada pembikin filem dalam dan luar negara. Tetapi itu bukan lah titik noktah kepada segala-galanya kerana manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Aku rase kite semua harus mengubah mentaliti yang terlalu mengutamakan orang asing daripada orang sendiri, contohnya KLIFF mengadakan kategori Film Pendek (short film) tetapi bagi aku yuran penyertaan yang dikenakan kepada peserta tempatan adalah terlalu mahal USD 200. Bagi pembikin filem pendek Independent kos tu terlalu tinggi sebab budget yang diorang ade pun cukup-cukup makan je. Ini merupakan perkara-perkara yang mungkin pihak Atasan KLIFF anggap merupakan perkara kecil, tapi bagi aku ia merupakan satu cara yang boleh KLIFF bantu Independent Film Maker Malaysia menjadi lebih maju at least setapak lagi. Sebagai seorang volunteer aku rase dari segi kebajikan memang KLIFF jage dari segi makanan, duit elaun, T shirt, free ticket etc tapi ade satu yang paling penting yang KLIFF ambil enteng adalah mengenai Sijil Penghargaan Volunteer yang dijanjikan sampai sekarang aku ngan volunteer lain-lain tak dapat lagi. Sekarang ni dah nak sampai tarikh penganjuraan KLIFF yang kedua tapi sijil masih tak dapat lagi, ini yang agak mengecewakan aku dan volunteer yang lain. Aku harap KLIFF akan lebih mengambil perhatian keatas perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil tetapi memberikan impak yang besar, tanpa volunteer maka KLIFF takkan berjaya menjadi penganjuran yang berprestij. Hidup Volunteer KLIFF 2007.. kudos....

1 comment:

mental muz said...

caya la bullah. aku harap ko sukses satu hari nanti jadi nama besar dalam industri filem hahaha