Powered By Blogger

Thursday, July 31, 2008

KLIFF or STIFF?

KLIFF merupakan penganjur festival filem yang agak beprestij jugak la (Kuala Lumpur International Film Festival), Penganjuran yang pertama adalah pada tahun 2007 yang lalu bertempat di Cine Leisure Damanasara, kat situ Exhibition dari pembuat filem dari seluruh dunia dipamerkan. Antara pameran yang begitu mengujakan adalah dari Korea, Jepun, USA banyak lagi, masing-masing mempromosikan teknologi terbaru dalam bidang perfileman dan animasi. Tapi bagi aku sebagai seorang volunteer pada mase tu yang paling penting adalah acara kemuncak iaitu 'Awards Night' yang memberi pengiktirafan kepada pembikin filem dalam dan luar negara. Tetapi itu bukan lah titik noktah kepada segala-galanya kerana manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Aku rase kite semua harus mengubah mentaliti yang terlalu mengutamakan orang asing daripada orang sendiri, contohnya KLIFF mengadakan kategori Film Pendek (short film) tetapi bagi aku yuran penyertaan yang dikenakan kepada peserta tempatan adalah terlalu mahal USD 200. Bagi pembikin filem pendek Independent kos tu terlalu tinggi sebab budget yang diorang ade pun cukup-cukup makan je. Ini merupakan perkara-perkara yang mungkin pihak Atasan KLIFF anggap merupakan perkara kecil, tapi bagi aku ia merupakan satu cara yang boleh KLIFF bantu Independent Film Maker Malaysia menjadi lebih maju at least setapak lagi. Sebagai seorang volunteer aku rase dari segi kebajikan memang KLIFF jage dari segi makanan, duit elaun, T shirt, free ticket etc tapi ade satu yang paling penting yang KLIFF ambil enteng adalah mengenai Sijil Penghargaan Volunteer yang dijanjikan sampai sekarang aku ngan volunteer lain-lain tak dapat lagi. Sekarang ni dah nak sampai tarikh penganjuraan KLIFF yang kedua tapi sijil masih tak dapat lagi, ini yang agak mengecewakan aku dan volunteer yang lain. Aku harap KLIFF akan lebih mengambil perhatian keatas perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil tetapi memberikan impak yang besar, tanpa volunteer maka KLIFF takkan berjaya menjadi penganjuran yang berprestij. Hidup Volunteer KLIFF 2007.. kudos....

Wednesday, July 30, 2008

darah jingga?

hari ini aku lihat dunia
pancaran matahari terik menembusi lubang-lubang papan usang
sekumpulan anak kecil bermain teng teng
kampung pandan menjadi saksi gelak ketawa girang

hari ini aku terbang jauh luar dunia
melampaui kaca besar gah memancar sepolosok dunia
aku halusi satu berita dari wartawan dunia tentang si mata satu durjana
berlagak seperti shakespearre bersandiwara main wayang kulit

Aku sakit, aku benci kepada topeng-topeng hitam
mencela, menghukum tidak kira umur tidak kira batasan
membunuh tanpa rasa kesal malah bangga tidak ubah seperti Iblis
persetan pada kamu yang bertopeng hitam bersembunyi disebalik keamanan dunia!

hari esok aku pasti akan ada hari kemenangan
perjuangan mereka yang lemah tidak pernah tewas
merentasi masa dan sempadan Baitulmaqdis berjuang pendekar mulia
jangan biar si celaka , si laknat yang tidak jemu menghisap darah anak-anak kecil dunia
sehingga ke titisan yang terakhir mengalir laju dan sayu waktu itu berwarna
jingga.....

HD or Conventional FILM?

Baru-baru ni aku jenguk kat forum dalam sinema malaysia, perbicangan pasal perbandingan format HD dengan Film. Bagi aku Film lame yang gunekan can tu ade ciri-ciri unik yang tersendiri dari segi seni la, tapi jenis format dan teknologi biase la akan berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Pada sesetengah orang yang dah biase menggunekan format FILM mungkin die tak dapat nak adapt teknologi baru seperti HD format. Sebenarnye dua-dua format pun sebenarnye mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, ini semua terpulang kepada orang yang hendak melakukan proses -proses penggambaran dan penyuntingan. Bagi generasi yang lebih cenderung kepada teknologi terbaru dah tentu memilih format HD dan generasi lame sudah tentu mempertahankan kemahiran diorang pada FILM (cinematography). Tapi yang penting disini format bukan lah penentu kepada kejayaan kepada sesuatu filem itu sendiri. Ape yang paling penting sekarang ni adalah mutu dan kualiti Filem itu sendiri yang mampu menarik rakyat Malaysia menyokong FILEM tempatan... begitu juga short film... dan tak lupe juga kepada yang memperjuangkan Independent Film.. semoga terus berkembang maju di mase akan datang... insyaAllah...

Monday, July 28, 2008

hello

hello selamat datang ke blog saya yang pertama kali nye dipublishkan pada 28/07/2008. Di harap anda semua dapat bertukar-tukar pandangan mengenai independent film dan juga segala yang berkaitan dengan bidang seni tanah air...